Semua
orang dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, kehebatan setiap
insan itu tentunya berbeza! Sesetengah individu lebih baik bekerja berseorangan,
ada pula lebih baik bekerja secara berpasukan , ada pula individu yang perlu
belajar melalui muzik dan sesetengah pula memerlukan visual untuk memahami
maklumat.
Dengan
kata lain, anak-anak kita juga begitu. Tiada satu kaedah pengajaran yang berkesan
untuk semua kanak-kanak. Oleh itu sebagai seorang therapis yang bekerja dengan ramai
kanak-kanak, ia adalah sangat penting bagi kami untuk mengetahui apakah
kekuatan mereka secara individu bagi meningkatkan minat mereka dalam
pembelajaran untuk mendengar dan memahami bunyi .
Di
merata dunia, kita hanya mementingkan tentang pengiraan, membaca dan menulis.
Tetapi, sebenarnya seorang Saintis bernama Howard Gardner, telah mengesan 9
jenis kecerdasan minda dan setiap orang mempunyai kelebihan dalam 9 kecerdasan
in secara berbeza:
1.
Kinestatic (Body Smart) : Kecerdasan
badan
2.
Linguistic (Word Smart) : Kecerdasan
Linguistik
3.
Logical (Number Smart) : Kecerdasan Nombor dan logik
4.
Interpersonal (People Smart):
Kecerdasan secara sosial
5.
Intrapersonal (Myself Smart):
Kecerdasan diri sendiri
6.
Musical (Musical Smart) : Kecerdasan
muzikal
7.
Visual/Spatial Smart (Picture Smart) :
Kecerdasan secara visual
8.
Naturalistic (Nature Smart): Kecerdasan
Alam
9.
Existential: Pemahaman tentang
kewujudan
Oleh
itu, pentingnya kita mengesan apakah jenis kecerdasan anak-anak kita sebelum
kita mulakan terapi di rumah juga.
Dr Shasa Aziz
Audiologis
No comments:
Post a Comment